BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 1, 2010

SEJARAH AWAL ANIMASI MALAYSIA




Wayang Kulit' adalah antara animasi awal yang terdapat di Malaysia kerana persembahan gerakan watak wayang kulit dikawal pemainnya bergelar 'Dalang' melalui sendi tangan, leher dan mulut yang digerak-gerakkan.

Teknik gerakan ini hampir sama seperti yang digunakan bagi menggerakkan watak kartun animasi di dalam pembikinan 'animasi guntingan' atau 'cutout animation' seperti siri animasi 'South Park'. Juru animasi dari Jerman, Lotte Reiniger mendapat ilham membuat filemnya yang berjudul 'The Advantures Of Prince Achmed' pada tahun 1926 berasaskan wayang kulit.

Secara ringkasnya sejarah animasi di Malaysia bermula dengan tertubuhnya 'Unit Filem Malaya' pada tahun 1946, kini dikenali sebagai 'Filem Malaysia' telah menghasilkan animasi 'Hikayat Sang Kancil' pada tahun 1978 dan mula ditayangkan di televisyen pada tahun 1983. Filem pendek lain ditayangkan sekitar tahun 1984 hingga 1987 antaranya berjudul 'Sang Kancil & Monyet', 'Sang Kancil & Buaya', 'Gagak Yang Bijak', 'Arnab Yang Sombong' dan 'Singa Yang Haloba'.

Kehadiran penggunaan teknologi digital pada awal 1990an pula telah menjadikan Malaysia mempunyai kartun siri animasi TV pertama 'Usop Sontorian' terbitan 'Kharima Pictures'. Seterusnya tertubuhlah pelbagai lagi syarikat animasi yang menerbitkan siri animasi TV seperti 'Yokies', 'Sang Wira', 'Kampung Boy' 'Anak-anak Sidek', 'Keluang Man' dan lain-lain
lagi.

'Silat Lagenda' terbitan 'Peninsula Pictures Sdn Bhd' pula merupakan filem animasi pertama Malaysia yang ditayangkan di pawagam pada tahun 1998. Filem pertama menggabungkan lukisan kartun animasi dan lakonan sebenar (manusia) pula adalah 'Mat Gelap' lakonan kartunis Imuda, pada tahun 1990 terbitan 'ZHA Film Production'.

Animasi kini makin berkembang di Malaysia dengan penggunaan pelbagai teknik serta menjadi pilihan kerjaya bagi sesetengah pelukis.

HARI INI DALAM SEJARAH


Tanggal 7 September 2009 merupakan detik paling manis dalam hidup ku kerna pada hari ni lah aku telah menerima Fail Meja daripada YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam iaitu Ketua Menteri Melaka dan merupakan satu-satunya idola ku....

Pada mulanya aku rasa sangat gementar kerana namaku akan disebut pada Perhimpunan Bulanan kali yang ke 9.

Aku tak sangka hari nie juga aku telah pun menjawat jawatan awam di Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Aku berazam akan menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab ke atas tugas yang diberikan kepadaku. Aku juga ingin merealisasikan hasrat YAB Datuk Seri yang mana beliau menginginkan rakyat Melaka celik IT dimana ia merupakan salah satu ciri-ciri yang ada pada sesebuah negeri maju.

1MALAYSIA, MELAKA MAJU 2010

RENUNGKANLAH BERSAMA


JIKA AKU JATUH HATI


Ya Allah Jika Aku Jatuh Cinta,
Cintakanlah Aku Pada Seseorang
Yang Melabuhkan Cintanya PadaMu,
Agar
Bertambah Kekuatanku Untuk MenyintaiMu…

Ya Muhaimin Jika Aku Jatuh Hati,
Izinkanlah Aku Menyentuh Hati
Seseorang Yang Hatinya Tertaut
PadaMu Agar Tidak Terjatuh Aku
Dalam Jurang Cinta Nafsu….

Ya Rabbana, Jika Aku Jatuh Hati
Jagalah Hatiku Padanya
Agar Tidak Berpaling Daripada HatiMu...

Ya Rabbul Izzati,
Jika Aku Rindu,
Rindukanlah Aku Pada Seseorang
Yang Merindui Syahid Di JalanMu..

Ya Allah
Jika Aku Menikmati Cinta KekasihMu,
Janganlah Kenikmatan Itu Melebihi Kenikmatan Indahnya
Bermunajat Di Sepertiga Malam TerakhirMu…

Ya Allah
Jika Aku Jatuh Hati Pada KekasihMu,
Jangan Biarkan Aku Tertatih Dan Terjatuh Dalam
Perjalanan Panjang Menyeru Manusia KepadaMu…

Ya Allah
Jika Kau Halalkan Aku Merindui KekasihMu,
Jangan Biarkan Aku Melampaui Batas Sehingga
Melupakan Aku Pada Cinta Hakiki
Dan Rindu Abadi Hanya KepadaMu…
Amin…

Doaku Moga Kita Sama-Sama
Berjaya Di Dunia Dan Akhirat…
Berjaya Dalam Mengharungi Segala Dugaan Dan Cabaran
Yang Sememangnya Menguji Kekuatan Iman..
Kerana Tapak Iman Itulah Yang Menemukan Cinta
Yang Selama Ini Telah Hilang…

Semoga Cinta Yang Dicari Telah Ditemui
Semoga Allah Meletakkan Kita
Di Bawah Payung Rahmat Kasihnya…
Insyaallah…