BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 20, 2011

PELANCARAN WIFI DAN TELECENTER BARU PEKAN MERLIMAU











Pada 17hb februari 2011 yang lalu, Bahagian K-Ekonomi Jabatan Ketua Menteri Melaka telah menganjurkan satu majlis pelancaran telecenter dan wifi yang berlangsung di Dewan Datuk Hj. Ahmad Ithnin, Merlimau. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka. Pada majlis itu juga Y.A.B ketua menteri telah menyampaikan sijil penghargaan kepada pengurus-pengurus telecenter negeri Melaka.




0 comments:

HARI INI DALAM SEJARAH


Tanggal 7 September 2009 merupakan detik paling manis dalam hidup ku kerna pada hari ni lah aku telah menerima Fail Meja daripada YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam iaitu Ketua Menteri Melaka dan merupakan satu-satunya idola ku....

Pada mulanya aku rasa sangat gementar kerana namaku akan disebut pada Perhimpunan Bulanan kali yang ke 9.

Aku tak sangka hari nie juga aku telah pun menjawat jawatan awam di Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Aku berazam akan menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab ke atas tugas yang diberikan kepadaku. Aku juga ingin merealisasikan hasrat YAB Datuk Seri yang mana beliau menginginkan rakyat Melaka celik IT dimana ia merupakan salah satu ciri-ciri yang ada pada sesebuah negeri maju.

1MALAYSIA, MELAKA MAJU 2010

RENUNGKANLAH BERSAMA


JIKA AKU JATUH HATI


Ya Allah Jika Aku Jatuh Cinta,
Cintakanlah Aku Pada Seseorang
Yang Melabuhkan Cintanya PadaMu,
Agar
Bertambah Kekuatanku Untuk MenyintaiMu…

Ya Muhaimin Jika Aku Jatuh Hati,
Izinkanlah Aku Menyentuh Hati
Seseorang Yang Hatinya Tertaut
PadaMu Agar Tidak Terjatuh Aku
Dalam Jurang Cinta Nafsu….

Ya Rabbana, Jika Aku Jatuh Hati
Jagalah Hatiku Padanya
Agar Tidak Berpaling Daripada HatiMu...

Ya Rabbul Izzati,
Jika Aku Rindu,
Rindukanlah Aku Pada Seseorang
Yang Merindui Syahid Di JalanMu..

Ya Allah
Jika Aku Menikmati Cinta KekasihMu,
Janganlah Kenikmatan Itu Melebihi Kenikmatan Indahnya
Bermunajat Di Sepertiga Malam TerakhirMu…

Ya Allah
Jika Aku Jatuh Hati Pada KekasihMu,
Jangan Biarkan Aku Tertatih Dan Terjatuh Dalam
Perjalanan Panjang Menyeru Manusia KepadaMu…

Ya Allah
Jika Kau Halalkan Aku Merindui KekasihMu,
Jangan Biarkan Aku Melampaui Batas Sehingga
Melupakan Aku Pada Cinta Hakiki
Dan Rindu Abadi Hanya KepadaMu…
Amin…

Doaku Moga Kita Sama-Sama
Berjaya Di Dunia Dan Akhirat…
Berjaya Dalam Mengharungi Segala Dugaan Dan Cabaran
Yang Sememangnya Menguji Kekuatan Iman..
Kerana Tapak Iman Itulah Yang Menemukan Cinta
Yang Selama Ini Telah Hilang…

Semoga Cinta Yang Dicari Telah Ditemui
Semoga Allah Meletakkan Kita
Di Bawah Payung Rahmat Kasihnya…
Insyaallah…