BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 27, 2010

POKOK GAHARU@AGARWOOD

LATAR BELAKANG
Gaharu@Agarwood adalah pokok dalam family Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya.Mengikut data yang dikeluarkan pada Persidangan Gaharu Dunia pertama di Vietnam terdapat 16 spesis dari genus Aquilaria yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Pokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.


  • Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada. pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.
  • Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
  • Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.
  • Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula. spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu.
  • Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.
  • Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar) berguna dan dapat dikomensilkan.
  • Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.





0 comments:

HARI INI DALAM SEJARAH


Tanggal 7 September 2009 merupakan detik paling manis dalam hidup ku kerna pada hari ni lah aku telah menerima Fail Meja daripada YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam iaitu Ketua Menteri Melaka dan merupakan satu-satunya idola ku....

Pada mulanya aku rasa sangat gementar kerana namaku akan disebut pada Perhimpunan Bulanan kali yang ke 9.

Aku tak sangka hari nie juga aku telah pun menjawat jawatan awam di Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Aku berazam akan menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab ke atas tugas yang diberikan kepadaku. Aku juga ingin merealisasikan hasrat YAB Datuk Seri yang mana beliau menginginkan rakyat Melaka celik IT dimana ia merupakan salah satu ciri-ciri yang ada pada sesebuah negeri maju.

1MALAYSIA, MELAKA MAJU 2010

RENUNGKANLAH BERSAMA


JIKA AKU JATUH HATI


Ya Allah Jika Aku Jatuh Cinta,
Cintakanlah Aku Pada Seseorang
Yang Melabuhkan Cintanya PadaMu,
Agar
Bertambah Kekuatanku Untuk MenyintaiMu…

Ya Muhaimin Jika Aku Jatuh Hati,
Izinkanlah Aku Menyentuh Hati
Seseorang Yang Hatinya Tertaut
PadaMu Agar Tidak Terjatuh Aku
Dalam Jurang Cinta Nafsu….

Ya Rabbana, Jika Aku Jatuh Hati
Jagalah Hatiku Padanya
Agar Tidak Berpaling Daripada HatiMu...

Ya Rabbul Izzati,
Jika Aku Rindu,
Rindukanlah Aku Pada Seseorang
Yang Merindui Syahid Di JalanMu..

Ya Allah
Jika Aku Menikmati Cinta KekasihMu,
Janganlah Kenikmatan Itu Melebihi Kenikmatan Indahnya
Bermunajat Di Sepertiga Malam TerakhirMu…

Ya Allah
Jika Aku Jatuh Hati Pada KekasihMu,
Jangan Biarkan Aku Tertatih Dan Terjatuh Dalam
Perjalanan Panjang Menyeru Manusia KepadaMu…

Ya Allah
Jika Kau Halalkan Aku Merindui KekasihMu,
Jangan Biarkan Aku Melampaui Batas Sehingga
Melupakan Aku Pada Cinta Hakiki
Dan Rindu Abadi Hanya KepadaMu…
Amin…

Doaku Moga Kita Sama-Sama
Berjaya Di Dunia Dan Akhirat…
Berjaya Dalam Mengharungi Segala Dugaan Dan Cabaran
Yang Sememangnya Menguji Kekuatan Iman..
Kerana Tapak Iman Itulah Yang Menemukan Cinta
Yang Selama Ini Telah Hilang…

Semoga Cinta Yang Dicari Telah Ditemui
Semoga Allah Meletakkan Kita
Di Bawah Payung Rahmat Kasihnya…
Insyaallah…