BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 28, 2010

SEJARAH MATA PELAJARAN WAJIB LULUS SPM

Pada Perhimpunan Agung UMNO yg lepas, sebulat suara bersetuju subjek Sejarah diwajibkan lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula pada 2013... Saya amat setuju dengan keputusan yang dibuat memandangkan ramai dikalangan kita yang lupa sejarah . Sedikit demi sedikit semangat nasionalisme akan kembali meningkat terhadap rakyat Malaysia. Melalui sejarah juga, para pelajar dapat memahami tentang kesusahan untuk mencapai sesuatu kejayaan dan boleh dijadikan panduan.

Pada zaman teknologi kini, matapelajaran sejarah hanya digunakan sebagai subjek sampingan semata-mata. Jarang sekali ibubapa mengalakkan anak berkecimpung dalam bidang ini. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya pendedahan tentang kepentingan sejarah dalam kehidupan seharian.

Muka depan utusan malaysia juga mengatakan ramai yang buta sejarah... rasa sedih bila ramai dikalangan kita pada hari ini yang lupa akan sejarah negara kita..

Dari kesimpulan yang diambil dari utusan malaysia mendapati :

- Remaja masa kini buta sejarah.

- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.

- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.

- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.

- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.

- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.

- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.

Maka di sini, saya menyeru kepada rakan-rakan di luar sana marilah kita sama-sama menghayati sejarah kenegaraan kita..

0 comments:

HARI INI DALAM SEJARAH


Tanggal 7 September 2009 merupakan detik paling manis dalam hidup ku kerna pada hari ni lah aku telah menerima Fail Meja daripada YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam iaitu Ketua Menteri Melaka dan merupakan satu-satunya idola ku....

Pada mulanya aku rasa sangat gementar kerana namaku akan disebut pada Perhimpunan Bulanan kali yang ke 9.

Aku tak sangka hari nie juga aku telah pun menjawat jawatan awam di Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Aku berazam akan menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab ke atas tugas yang diberikan kepadaku. Aku juga ingin merealisasikan hasrat YAB Datuk Seri yang mana beliau menginginkan rakyat Melaka celik IT dimana ia merupakan salah satu ciri-ciri yang ada pada sesebuah negeri maju.

1MALAYSIA, MELAKA MAJU 2010

RENUNGKANLAH BERSAMA


JIKA AKU JATUH HATI


Ya Allah Jika Aku Jatuh Cinta,
Cintakanlah Aku Pada Seseorang
Yang Melabuhkan Cintanya PadaMu,
Agar
Bertambah Kekuatanku Untuk MenyintaiMu…

Ya Muhaimin Jika Aku Jatuh Hati,
Izinkanlah Aku Menyentuh Hati
Seseorang Yang Hatinya Tertaut
PadaMu Agar Tidak Terjatuh Aku
Dalam Jurang Cinta Nafsu….

Ya Rabbana, Jika Aku Jatuh Hati
Jagalah Hatiku Padanya
Agar Tidak Berpaling Daripada HatiMu...

Ya Rabbul Izzati,
Jika Aku Rindu,
Rindukanlah Aku Pada Seseorang
Yang Merindui Syahid Di JalanMu..

Ya Allah
Jika Aku Menikmati Cinta KekasihMu,
Janganlah Kenikmatan Itu Melebihi Kenikmatan Indahnya
Bermunajat Di Sepertiga Malam TerakhirMu…

Ya Allah
Jika Aku Jatuh Hati Pada KekasihMu,
Jangan Biarkan Aku Tertatih Dan Terjatuh Dalam
Perjalanan Panjang Menyeru Manusia KepadaMu…

Ya Allah
Jika Kau Halalkan Aku Merindui KekasihMu,
Jangan Biarkan Aku Melampaui Batas Sehingga
Melupakan Aku Pada Cinta Hakiki
Dan Rindu Abadi Hanya KepadaMu…
Amin…

Doaku Moga Kita Sama-Sama
Berjaya Di Dunia Dan Akhirat…
Berjaya Dalam Mengharungi Segala Dugaan Dan Cabaran
Yang Sememangnya Menguji Kekuatan Iman..
Kerana Tapak Iman Itulah Yang Menemukan Cinta
Yang Selama Ini Telah Hilang…

Semoga Cinta Yang Dicari Telah Ditemui
Semoga Allah Meletakkan Kita
Di Bawah Payung Rahmat Kasihnya…
Insyaallah…